Bismillahirrahmanirraheem.
An interesting reminder.. :)
Semalam bersama adik kecik manis memandikan Encik Farouq yg hijau lg besar itu. Dah lama tak mandikan beliau. Adalah kesan2 kotoran di badannya.
Membasuh van sendiri di Negara Awan Putih Panjang ni adalah suatu pengalaman menarik. Duit = masa utk membersihkan. Masuk koin $1, keluar air utk hampir 2 minit. Masuk lg $1-2 keluar air sabun. Ada dlm 2 minit jela utk berus dan sental. Kalo nak lagi lama, masuk lagi banyak koin. Maka makin lambat mencuci makin mahal.
Kesimpulan, kena bekerja dgn kelajuan maksima utk membasuh dgn semurah mungkin. Yela, kalau kat negara sendiri boleh basuh kat rumah free je. Or hantar kedai tunggu orang basuh, still murah.
Selesai mencuci dengan jumlah $9, kami pun meneruskan agenda dengan mencuci bahagian dalam pula menghabiskan $3 untuk vakum. Alhamdulillah, Farouq kembali kacak lagi bergaya dan bersinar~~ :)) fuh, penat boleh tahan. Macam katun haa cuci laju2!
Namun, cerita belum habis... Lepas beliau kering, kelihatan kembali kotoran2 degil di badannya. Oh.. Sedikit frust kerana terasa tidak memadai dengan duit dan tenaga yang dihabiskan. Tapi, si adik kecik memberi idea, kena cuci dengan kain pula kot. Hmm, benar juga. Oh well, fikir2 balik, cuci laju2 memangla tak dapat nak sental sehabis kuat. Lagi pula, dah lama tak cuci, mesti kotoran tu degil dan memerlukan sentalan dan usaha yang lagi kuat.
Ibrah/Pengajaran:
Kereta boleh diibaratkan sebagai hati/jiwa. Proses membersihkan hati perlu konsisten dan tidak terburu2. Tidak logik mengharapkan perubahan drastik pada diri atau orang yang diseru kepada kebaikan sedangkan hati sudah lama dibiar hitam dan terus melegam.
Ianya pastinya perlukan sentalan yang kuat dan berterusan. Bukan hanya dengan taubat one-off dan terus harap jadi 'Otromen'. Bukan dengan solat dan baca quran tapi laju2 tanpa tama'ninah dan tartil. Tidak teliti kerana terlalu laju. Lupa untuk muhasabah dan mujahadah.
Bak kata Imam Hassan Albanna, 'Masa adalah sebahagian daripada rawatan'. Maka bersabarlah dan terus teguh dengan tazkiyyatun nafs (pembersihan jiwa), samada untuk diri sendiri atau untuk orang lain.
Perubahan drastik tak menjanjikan thabat atau terus kuat di atas jalan kebenaran. Kerana ibarat van di atas, pada awalnya nampak hebat lagi bersinar, namun tidak lama kemudian akan terserlah kotoran2 lamanya. Dan jika tidak terus dicuci dengan sabar, mungkin akan kekal kotor, walaupun geraknya laju lagi bergaya. Mungkin niatnya salah dan semangatnya sebentar cuma. Mehnah atau cabaran di atas jalan itu mungkin senang memakan dirinya, maka rebah kalah. Na'uzubillah.
Semoga menjadi ingatan berguna untuk diri dan pembaca budiman in syaa Allah.
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu nasib kaum kecuali mereka sendiri mengubah keadaan jiwanya..." (QS. Ar Ra'd:11)