Tuesday, November 22, 2011

Hidup adalah Tarbiyyah. Allah adalah Murabbi Agung.


Bismillahirrahmanirraheem

Headnote:
* Tarbiyyah = pendidikan/perkembangan
* Murabbi = pendidik


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Sungguh, terlalu banyak dan besar ni'mat2 Tuhan, tak cukup hanya dengan mengucapkan syukur.



Sungguh, aku dapat merasai ni'mat2 Allah, terutamanya setelah diberinya ujian demi ujian. Sungguh manis sekali! Mungkin tak terekspresi betapa manisnya ni'mat itu dalam bentuk penulisan ini. Namun aku tetap ingin berkongsi dengan pembaca sekalian, Fillah, insyaAllah.


Semenjak dua menjak ni, aku mendapat ni'mat ujian demi ujian. Namun alhamdulillah, dengan setiap ujian, sentiasa ada harapan. Ada kebergantungan. Ada pertolongan Tuhan. Ada tanda2 yang ditunjukkan yang menenangkan dan meyakinkan. Sebab itu aku sebut ujian itu adalah ni'mat. Kerana selepas aku diuji, aku mendapat ni'mat Tuhan dalam bentuk kegembiraan dan kemanisan yang tak terungkapkan. Ujian itu sendiri menguatkan kebergantungan pada Tuhan. Menguatkan iman. Menguatkan keyakinan yang Allah sentiasa bersama. Bukankah itu ni'mat? Semakin ingin kita hampir padaNya, Dia lagi2 ingin hampir pada kita. Baik kan Tuhan? Padahal siapakah aku? Siapakah kita? Hanya HAMBA. SubhanAllah!


Bukanlah suatu yang elok untuk menceritakan ujian. Namun aku ceritakan di sini, dengan harapan, ia dapat memberi impak juga pada pembaca sekalian. Supaya ni'mat yang aku rasai, insyaAllah dapat juga kalian rasai. Yang penting, perlu ada keyakinan pada Tuhan. Senang disebut, tidak sesenang untuk dipraktikkan. Namun tidak mustahil.








Kisah Tayar



Beberapa minggu lepas, seramai 11 orang ahli keluargaku datang menziarahiku dan suami sambil2 berjalan2 melihat bumi Tuhan yang indah di Negara Awan Putih Panjang. =) Alhamdulillah, seronok! Namun dalam keramaian itu, pasti ada ujian. Yang paling memberikan kesan padaku ialah kisah tayar.


Kisah dimulai dengan pertemuan sebatang paku panjang dalam tayar belakang sebelah kiri van kami, semasa dalam perjalanan kami untuk ambil keluarga di lapangan terbang. Alhamdulillah, masa dijumpai paku tu, kami berada di stesen minyak yang bersebelahan dengan kedai mekanik. Maka dikeluarkan paku dan dibaiki lubang kecil tersebut. Settle satu masalah, syukur!


Kami meneruskan perjalanan yang panjang setelah mengambil keluarga dari airport. Terus memulakan roadtrip kami menjelajah bumi indah Tuhan. Satu van kami, dan satu minibus yang disewa. Setelah lebih 200km perjalanan, kami berehat di tepi tasik di suatu pekan kecil dalam perjalanan keluar dari celah2 banjaran gunung. Tiba2 kami dapati tayar yang dibaiki semalam pancit. Sudah...




Tak apa, bandar terdekat mungkin dalam 50km, boleh tukar tayar spare, drive ke sana dan tukar tayar baru di sana insyaAllah. Kami pun berusaha menukar tayar spare walaupun dengan kekurangan alat. Alhamdulillah, berjaya!




Tapi...




Tayar spare pun pancit! Aduh..




Namun alhamdulillah, walaupun di pekan kecil, ada kedai tayar. Tapi tak ada tayar baru. Jadi orang kedai masukkan tiub dalam tayar asal van. InsyaAllah, dapat tahan lama tiub ini. Kami pun meneruskan perjalanan.


Setelah memandu dalam 200km lagi, dan baru sahaja melepasi bandar besar sejauh ~30km, tiba2 kami terdengar suatu bunyi seperti angin yang kuat! Rupanya tayar tadi pecah!





Kami berhenti di tepi highway yang lengang. Line telefon pun tak ada!



Ya Allah.. ujian lagi.




Jam menunjukkan lebih kurang 7 petang. Sudah hampir senja. Maksudnya kedai2 sudah ditutup. Aku bersama sebahagian rombongan ke depan lagi dengan minibus sewaan untuk mencari line untuk mendapatkan bantuan menerusi telefon. Dalam usaha mencari bantuan itu, yang agak sukar kerana sudah habis waktu bekerja dan line telefon juga tidak stabil, tiba2 hujan renyai2 turun di kala matahari hampir terbenam, dan...




muncullah dua buah pelangi indah!







SubhanAllah. Aku hampir menangis! InsyaAllah, masih ada harapan. Ini petunjuk Tuhan. Tarbiyyah melalui alam!


Alhamdulillah, setelah usaha yang lama, solusi yang kami dapati ialah untuk membawa rim tayar tadi ke bandar besar yang baru kami lepasi, dan meninggalkan van di kawasan terpencil itu. Ada seorang pakcik (muda lagi sebenarnya, tapi pakcik ajela, senang sebut) yang bekerja di kedai tayar di bandar besar tersebut, yang baik hati untuk membantu kami, walaupun after hours. Dalam usaha itu, kami menukar tayar tadi dengan tayar spare yang pancit tadi, sekadar untuk menampung berat van sementara.




Pelik! Tak pancit pula tayar tu! Tadi kan pancit?




Maka, kami decide untuk bawa sahaja van tersebut perlahan2 ke bandar bersama. InsyaAllah boleh sampai! Yakin, yakin, yakin..


Alhamdulillah, sampai juga kami ke bandar itu. Tayar dapat ditukar walaupun dengan harga mahal sebab dapat tayar baru. Tak apa, insyaAllah berbaloi.




Alang2 itu, kami meminta pakcik tolong isikan angin tayar spare tu. MasyaAllah, pakcik kata tekanan angin dalam tayar tu dalam 16 psi je. Sepatutnya 60 psi!



"We were lucky to get here!" kataku. Dia menyetujuinya. Dan tayar itu tidak pancit seperti seawalnya sepanjang perjalanan ~30km itu, dengan kelajuan ~50km/jam!


MasyaAllah, bukankah semua ini keajaiban? Bukankah ia ni'mat dan pertolongan Tuhan? Juga kuasa Tuhan yang mungkin sesetengah manusia tidak yakin denganNya? Percayalah, yakin itu kuncinya. Kerana iman juga bermaksud yakin, ye tak? Yakin yang Allah ada. Yakin yang Allah akan membantu. Yakin yang Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya untuk menanggungnya. Yakin yang "bersama kesusahan ada kesenangan". Yakin dengan kebaikan sabar. Yakin yang Allah akan memakbulkan doa yang baik. Yakin bahawa Allah Maha Baik, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Berkuasa melakukan apa sahaja!


Penting juga untuk ku highlightkan daripada kisah di atas, bahawa dengan setiap ujian di sepanjang perjalanan tersebut, ada sahaja bantuan Tuhan. Banyak yang dipermudahkan. Namun Tuhan sengaja memberikan ujian sehingga hamba terasa tiada tempat berharap lagi kecuali kepadaNya. Supaya hamba mengingatiNya dan merayu2 padaNya. Supaya hamba bersungguh2 berdoa dengan penuh yakin padaNya. Supaya hamba kuat kembali imannya. Supaya hamba kembali kepada fitrahnya yang asal, iaitu hampir kepada Penciptanya.



Kemudian, diberiNya kepada hambaNya solusi bersama kegembiraan serta kemanisan yang tak tergambarkan!


SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!



Hidup = Ujian = Tarbiyyah


Ya, hidup ini keseluruhannya adalah ujian. Untuk melihat siapa yang benar2 beriman kepada Allah.



"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum
lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang
dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya)
orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?"
[3:142]


Ujian juga adalah salah satu cara Allah mentarbiyyah atau mendidik hambaNya. Ia boleh berupa kesedihan, ketakutan, gelisah, stress, seperti yang kita selalu definisikan, namun ia boleh juga berupa masa lapang, kegembiraan, kekayaan dan kejayaan. Jika kita sedih atas sesuatu perkara, kepada siapa kita berharap dan memohon pertolongan? Bersabarkah kita di atas kesedihan tersebut? Jika kita gembira dengan suatu kejayaan, kepada siapakah kita kembalikan rasa syukur itu? Jika kita punya masa lapang, bagaimanakah kita mengisinya? Jika kita punyai wang, bagaimana kita membelanjakannya? Bukankah semua itu ujian? Maka benar kan, hidup ini seluruhnya adalah ujian? Dan ujian2 ini seharusnya mendewasakan dan mematangkan hamba2. Tetapi di sinilah Tuhan mahu melihat bagaimana kita melalui ujian tersebut. Bagaimana kita membuat setiap pilihan dalam hidup.






Ketahuilah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Jika Dia menguji seseorang, Dia tahu ujian itu perlu untuk hamba tersebut. Kerana hidup akan makin sukar. Akan makin banyak dan besar ujian. Makin banyak tanggungjawab. Maka Tuhan Yang Maha Penyayang ingin menyediakan hambaNya untuk melalui fasa2 hidup yang makin sukar. Maka diuji hambaNya supaya mampu untuk melalui fasa2 itu. Baik kan Tuhan?




Maka kita sebagai hamba, termasuk diriku sendiri, harus sentiasa bersedia menerima ujian. Kerana Murabbi Agung sentiasa menguji, dan melihat bagaimana kita melalui ujian tersebut. Dan ganjaranNya, nantikan di akhirat sana.


Apa pun, jangan takut dengan ujian. Kerana ia pasti berlaku. Yang penting, yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hambaNya, malah akan membantunya. Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan.


Akhir kata, sudah panjang coretku, maka ingatkan daku jika daku lupa, kerana daku juga hamba... insan yang pelupa...