Alhamdulillah
Aku bersyukur kehadrat Illahi dgn segala limpah kurnia yg diberi ALLAH
NikmatMu tidak terkira banyaknya
Tidak ternilai dan tidak akan mampu untukku kira
Hari demi hari berlalu
Hari demi hari nikmat ini penuh memenuhi hadapanku
Bukan dunia yg ku minta, bukan dunia dan isinya yg menjadi mintaku
Bukan
Sebab kamu akan mencukupkan aku dgn segala kayamu yg tidak terperi
Alhamdulillah
Hari demi hari berlalu
Hari demi hari berlalu
Apa hari ini lebih baik dari kelmarin?
Apa hari ini kamu benar2 menggembirakannya?
Apa hari ini kamu benar2 telah melakukan kewajipan mu?
Satu hari akan tiba masanya, hari untukmu tidak akan tiba lagi
Hari untukmu berjuang tidak ada lagi
Hari untukmu bersyukur tidak ada lagi
Hari untukmu kufur tidak ada lagi
Hari untukmu berdosa bermaksiat tidak ada lagi
Hari itu hari matimu
Hari matiku yg pasti
Yg mati setelah sekian sekejap hidup didunia
Dunia?
Hidup?
Sekali kamu dicipta
Kamu hidup selamanya!
Kamu telah hidup di alam rahim ibumu
Dan berjerih keluar ke alam tipudaya dan permainan ini
Dan akan berjerih pergi ke alam kubur nanti
Dan akan selamanya nanti kekal di syurga mahupun neraka nanti
Apa kamu buat?
Apa kamu buat sudah?
Apa sudah kamu buat untukmu selamat pergi?
Apa?
Apa?
Apa kamu telah berkorban jiwa dan ragamu untuk kamu merasa selamat?
Apa kamu telah hilang kaki dan tgnmu kerana pengorbananmu?
Apa kamu fikir itu sudah cukup untukmu?
Tidak pernah dan tidak akan cukup bagimu!
Tidak!
Hanya dgn rahmatNya kamu
Berperasaanlah yang kamu tak akan selamt, yangg kamu itu hanyalah sekerdil hina di sisinya tanpa apa lebihnya!
Rasalah yang ibadat itu hnya diterima dari org bertakwa sahaja!
Rasalah yang hidup kamu ini sangat sekejap untuk di siakan!
Akhirat itu kekal selamanya
Dunia dan isinya akan musnah dan binasa
Kejarlah! Kejarlah!
Kejarlah kehancuran itu!
Kejarlah kehancuran itu!
Atau jadikan!
Kejarmu!
Usahamu!
Titik peluhmu!
Bernilai di sisi Penilai.
insyaALLAH.
[di edit sikit olehku.. jazakAllah khair pd pengirim puisi versi tazkirah ni.. moge bermanfaat! =]