Thursday, November 26, 2009

The Art of Da'wah..

Bismillahirrahmanirraheem..
alhamdulillah, i'm back in Malaysia, n we're in a new home now, i named it Baitul Asma, which means High House, or maybe also House in the Sky, n it has my Mum's name in it as well, so i think it's a perfect name for this house~ lol.
this is the view from Baitul Asma. SubhanAllah.. this was taken on a fine day (no rain).. one can actually see the Kelantan River from our windows n verandah. so in the monsoon season such as now, i can monitor the level of the Kelantan River, which i hope you can vaguely see in the panorama image above.
now, referring to my previous entry, about the ni'mah of having lots of free time n how to use that free time as an ibadah to Allah. i know some friends are doing summer school back in NZ, n mashaAllah that's a great thing to do in order to fully occupy yourself with digging into knew knowledge in search of Allah's Greatness n His Pleasure. well to those at home, don't lose hope! don't get bored! there's loads to do!
inshaAllah, i'll be sharing some ideas/projects in this entry and the coming one, which we can do at home with our siblings/relatives/friends to occupy our time benefecially, inshaAllah. apart from the heaps of books n blogs that we can read, there are also lots of activities that we can do in order to fill our time wisely and achieve a lot of other objectives. i will be babbling mostly about artistic activities, as that's my area of interest apart of medicine/science! =]
so, back to the core business, in everything we do, it is really important to purify our niat (intentions), n try our best to have goals/objectives that we would like to achieve, n then try our best to achieve them. in terms of arts, there are lots of activities/projects we can do. alhamdulillah, Allah gave me an idea to do Art Projects with my youngest sister, who also likes arts. our first project is making a 'Tabung Infak' for our house, The 'Tabung Infak' Project. it's a container, where anyone can donate money, which would be given to those in need, in the cause of Allah.. or in other words, to give alms.
in order to do this, i had to explain to her what INFAK is, n why we are doing this project. so you see, the objectives for doing this project are, not just to fill our time beneficially, but also for bonding with my sis, to collect money in the cause of Allah, to educate n create awareness among our family n guests about INFAK, n above all, to gain Allah's pleasure, inshaAllah.. alhamdulillah, we finished the project n i hope we did achieve all the objectives listed! just to share how we made it, i inserted some pics below. enjoy!


using a used container, we just stuck some colourful ice-cream sticks (which i got from a camp i went in Wellington - Mukhayyam Al-Badr ;). my sis also had some too. hehe)

together, we painted a strip of paper, to be lined around the wall inside the container, to make it more colourful n attractive!


i poked the lid of the container using a pair of scissors n it created a nice straight cut in the middle of the lid. as it was too hard to cut a hole through it (for the money to be inserted into it), i used some folded cardboard to hold the slit open. quite spontaneously got the idea to make a cute smiley on the lid, with the folded cardboard being the two 'sticking-out' teeth~ hehe..


the finished Tabung Infak! alhamdulillah~ =]

but wait! we need something that people can read to know what infak is all about.. the 'educate n create awareness' objective! remember?? hurm..

so we painted a piece of cardboard...

...n wrote some important notes about INFAK. with some nice quotes from the Holy Quran, to explain the virtues of INFAK.


"Who is there that will lend to Allah a goodly loan? Then He will double it for him many a doubling. For, Allah receives and amplifies; and to Him you will be returned." [Quran, 2:245]
"The Parable of those who spend their wealth in the way of Allah is like the parable of a grain which grows into seven ears, in every ear a hundred grains. And Allah multiplies for whom He pleases; for Allah is ample-Giving, all-Knowing. Those who spend their wealth in the way of Allah, then do not follow up what they have spent with obligation, nor injury; for them is their reward with their Rabb, and there is no fear on them nor will they grieve." [Quran, 2:261-262]
Alhamdulillah, done! =]

Alhamdulillah, we were satisfied with the outcome, n i hope it would be a long lasting 'Tabung Infak'.. inshaAllah, the money collected would be donated to any mosque/Islamic institution/Muslim in need.. for the cause of Allah..

finally, i would like to say that, anyone can do da'wah (inviting one to Islam.. embracing Islam as a way of life).. one just needs the urge to do it, Islamic knowledge, some brains n a good heart in attracting one's attention to Islam. Allah didn't give brains n hearts to us for no purpose~ so use them wisely! in the case of an eight-year old who likes arts, like my li'l sis, I chose Arts to win her heart.. =D

inshaAllah, you can do it too!

next project, some done n more to go, inshaAllah: The 'Decorating-our-house-with-Zikrullah' Project.. =]

Thursday, November 12, 2009

Ni'mat masa lapang?

Alhamdulillah, esok jumaat, maka genaplah seminggu paper last final exam ku tempuhi.

aku dah cuba berusaha dan menjawab dgn terbaik mengikut kemampuanku. tapi kalau nak dinilai dari segi mencabar kemampuan diri, sudahkah aku mencabar kemampuan diri sepenuhnya dalam berusaha utk cemerlang dlm exam? utk menuntut dan menguasai ilmu bermanfaat? huhu. persoalan yg boleh kite same2 muhasabah dalam rangka memperbaiki diri.

namun utk exam kali ni, ia sudahpun berlalu, tiada gune aku menangisi soalan2 yg tak dapat ku jawab, or yg tak ku jawab dengan sebaiknya. tapi yg dapat aku lakukan sekarang, hanyalah berdoa dan bertawakkal pd Allah. Dia yg Maha Berkuasa utk lakukan apa2 pun. maka hanya padaNyalah sepenuh pergantungan diletakkan. hasil atau natijah atau keputusan exam ni dah pun tertulis di Lauh Mahfouz. yg Allah tengok selama ni ialah usaha ku. moge2 Allah memberkati segala usahaku dan menerimanya sebagai ibadah di sisiNya. moge2 kejayaan sudah tertulis buatku dan juga saudara2 seperjuangan ku, insyaAllah. amin3..

maka dengan tamatnya musim peperiksaan yg begitu menyesak dada dan fikiran, tibalah pula musim cuti yang menenangkan dan begitu diidam2kan oleh kebanyakan insan. sebab apa? cuti = masa lapang. maka bolehla buat apa2 yg teringin sangat nak buat masa tengah busy study n exam. maka adakah cuti juga bermaksud enjoy? adakah ia bermaksud boleh buat sesuka hati? tidur berlebih2an, makan berlebih2an, gelak berlebih2an dan sewaktu dgnnya?

na'uzubillah, moge2 dijauhkan!

"Dua ni'mat yang dilekakan olehnya banyak orang: Kesihatan dan Kelapangan"

tak balik Malaysia pun lagi, dah boleh terasa 'tak tau nak buat apa dah'.. huhu. sikap ini perlu dikikis, dibuang jauh2. banyak sangat benda bermanfaat boleh buat.

ku tau, ramai sahabat menghabiskan masa lapang dengan menonton movies atau apa2 rancangan di tv. boleh je, tak salah pun. tapi eloklah kalau ia disertakan dgn niat yg baik, kerana Allah. barulah menonton itu jadi ibadah. kalo tak, jadilah ia suatu yg sia2. boleh ke niatkan tengok tv kerana Allah? macam mane tu kaklong? haa, kalo kite tengok cerita2/rancangan2 yang menambahkan thaqafah (pengetahuan) dengan niat utk menambahkan pengetahuan kerana Allah, maka insyaAllah ia jadi ibadah. kalo kite tengok movie dgn adik-beradik/kawan2 dgn niat utk meningkatkan ukhuwwah, maka insyaAllah ia jadi ibadah (tapi jangan lak tengok movie yg tak sepatutnye. pandai2 la menilai sendiri kesesuaiannye. dah besar panjang n bijak2 belaka~). kalo kita tengok movie2 berunsurkan perjuangan dgn niat utk menaikkan semangat kita utk berjuang di jalan Allah, maka insyaAllah ia jadi ibadah. ha, senang kan kakcik?

hmm, banyak lagi benda boleh buat kalo nak di listkan. fikir2kan sendiri apa yg kita boleh n mampu buat utk mengisi masa lapang kita ni dengan bermanfaat. yang penting, betulkan niat selalu. jadilah niat conscious. ingatlah, suatu masa, bila kesibukan mula menyesakkan dada kite semula, kita kan mula menyesali detik2 waktu lapang yg tak kite gunakan sebaiknya.

utk cuti kali ni, aku berazam utk menambahkan thaqafahku dengan menghabiskan bacaan2 yg asyik tertangguh dek 'kesibukan'. juga dengan membaca blog2/website ilmiah di internet atau menonton rancangan/movie yg boleh mencapai tujuan yg tersebut tadi. ku harapkan juga agar kepulanganku ke Malaysia kali ni adalah kepulangan yg bermanfaat. moga2 dapat ku berkhidmat kpd ibu bapa dan keluarga, menambahkan ilmu dengan apa jua cara sekalipun, memantapkan hafazan, menyambungkan ukhuwwah dan juga cuba alert n analyse situasi ummat di Malaysia.

aku menulisnya di sini bersaksikan pembaca2, utk meningkatkan motivasi ku utk membaca dan mengisi masa lapangku dengan bermanfaat. sebab ape? bila dah tulis/cakap, kena buat! walk the talk~ n supaya sdare2 pembaca dapat mengingatkan diri ini andai ku terleka dengan ni'mat masa lapang ni. tapi jika ditakdirkan ku busy dengan urusan2 penting lain di Malaysia nanti, moga2 Allah memberi kesempatan pd ku utk mencapai juga azam2 ku itu walau dalam ujian kesibukan.. insyaAllah, amin3.

akhir kalam, senang mahupun sibuk, kedua2nya adalah ujian dari Allah. ia bukan alasan utk kita tidak memperkuatkan tarbiyyah diri. tarbiyyah harus istiqamah! maka berusahalah wahai diri! jangan sia2kan ni'mat masa lapang ni. cabarlah kemampuan diri utk mengisi masa lapang dengan bermanfaat!

Wednesday, October 28, 2009

Exam Mode~

Sekarang musim exam.. next week examku habis insyaAllah..


just a sharing of a wallpaper I got from Seni Kehidupan.. moge jadi pengingat diri dan pembaca, supaya study hanya kerana Allah, bukan sbb exam.. barulah study jadi ibadah.. barulah ilmu diberkati..


sbb kalo study kerana exam, pulun sbb exam, bila lepas exam, ingat lagi ke sume ilmu yg smangat pulun before exam tu? pengalaman mengajarku bahawa itu suatu yg merugikan. Islam juge mengajarku bahawa itu bukanlah bnda yg spatutnye berlaku. kite nak berjaya pun, kena kerana Allah. ku tau membetulkan niat itu sukar. kalo dah betul memula pun, bila dah tengah2 study tu, boleh je tertukar niat kan? lagi2 bile cuak-nak-exam mule datang menjengah hati yg tenang. uh.. uh.. tapi itulah kepentingan selalu membetulkan niat. sbb niat bleh je slalu terpesong jadi sbb dunia. huhu. moge kite slalu dilindungi dari tersalah niat. amin3.

bersama entry ni, nak share 1 hadis, iaitu hadis ke-36 dari hadis 40 (imam nawawi) utk renungan bersama:

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda: "Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya, selagi hamba-Nya berusaha menolong saudaranya.Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisi-Nya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya."

selamat berusaha pada sume! moga segala usaha diberkati Allah dan diterima sebagai ibadah di sisiNya. moga dipermudahkan segala urusan kite dan dikuatkan iman utk melalui ujian2 Nya. moga diberi kejayaan di dunia dan di akhirat.

amin3..

insyaAllah, mari same2 betulkan niat!

^_^

Saturday, September 12, 2009

Ramadhanku...

Pantasnya masa berlalu
Ramadhan makin melambai padaku

Tinggal 7 hari lagi cuma
Untuk ku nikmati sisa2 masa berharga
Tanpa perlu digusari musuh yang nyata
Untuk ku manfaatkan bulan penuh keberkatan
Hadiah dari yang Maha Penyayang

Sudahkah ku habisi masa2 tak ternilaikan ini
Dengan sebaik mungkin???
Masih banyak boleh dibaiki
Masih banyak boleh dibuang
Masih banyak boleh diambil

Sudahkah tersemat di hati dan perbuatan
Slogan yang sering dikumandangkan
'Fastabiqul khairat'???
Atau masihkah bermalas-malasan
Panjang angan-angan
Dan lupa arah tujuan?

Sudahkah dilakukan segala yang termampukan
Untuk mencapai misi Ramadhan
Taqwa kepada Sang Rahman?

Tinggal 7 hari lagi cuma
Terpilihkah memohon keampunan
Bertaqarrub pada Yang Maha Memaafkan
Pada malam yang ibarat 1000 bulan?

Berusahalah wahai diri
Selagi masih ada masa
Selagi nafas masih bersisa
Tuk menyubur cinta pada Yang Esa

Jangan sampai kau tercelaka
dek terlalu lalai dan leka
hingga tak beroleh kemaafan di bulan mulia
dari Ilah Yang Suka Memaafkan hambaNya

Ramadhan tinggal 7 hari cuma
Ramadhan bulan tarbiyyah istimewa
Menguatkan blok-blok iman dan taqwa
Dalam bangunan jasad manusia
Bekal buat hari-hari di hadapan sana

Friday, May 15, 2009

Monday, May 4, 2009

Ole2 Dari Gaza Untuk Kaum Hawa~

perkongsian artikel Dari isma-net

Sent: Wednesday, March 25, 2009 15:37:41
Subject: [isma-net] Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah
kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.

Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka


Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak
takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada
seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang baru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.
WAS

Thursday, April 23, 2009

Puisi untukmu : Al-Hambra~

The Red Fortress: A Sonnet


(The Arabic carvings ‘La Gholib illAllah’ meaning ‘there is no Conquerer but Allah’. These carvings span most of the walls and ceilings of Al-Hambra Castle, from minute to large sized calligraphy. It amazed me so much that I was so inspired to write a poem on it.)

In Andalusia it stands with such magnificence,
For so many years; more than a thousand,
But not in the grandeur of its existence
Do I look in awe; also not of Ferdinand
And Isabel; but in the so fine architecture
Carved centuries before, in its walls and ceilings,
So fine, so great, so powerful the Arabic literature,
“There is no Conquerer but Allah”, God of all beings.
It is a blend of greatness in humbleness and dignity
Of the mighty Umayyads who conquered Spain
Not for power nor wealth, but to share the beauty
And perfection of Islam, as the way to live sane.
Yet today, it still stands, never lost its fame,
‘Al-Hambra’ – Arabic for red – its so renowned name
.

Monday, March 16, 2009

rindu~

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, dpt link video yg best dr ukhti syifa dr czech..




tibe2 ku rindui manusia agung itu.. yg begitu mencintaiku..
ya Rasulullah.. mampukah bertemu dgn mu di syurga Allah nnt?


usahelah wahai diri.. zahirkan kerinduan dan kecintaanmu itu..

Wednesday, March 11, 2009

oksigen dah nak abis~

Bismillahirrahmanirrahim..

sebenarnye, hari ni ialah genap seminggu lepas ulangtahun ku yg ke-22.. alhamdulillah, masih diberi ruang, peluang dan mase utk terus meningk
atkan amal, membuat kebaikan, memperbaiki diri dan sebagainye. alhamdulillah, setinggi2 syukur pd Allah yg Maha Pemurah. bg aku waktu lg utk hidup di bumi milikNya nih.

nape ngan tajuk nih? adekah bekalan oksigen kat bumi dah nak abis? adekah sume makhluk akan mati? dah nak kiamat ke? saspennye!

hurm.. sbenarnye, macam nih.. mari kite bayangkan.. aku, kamu, kite dan sume manusia kt dunia nih, ibarat penyelam mutiara. kite ade majik
an, yg kasik kite bekalan tangki oksigen n instructions yg lengkap utk mncari mutiara di dasar lautan. so, tugas kite ialah utk mengutip sebanyak mane mutiara yg mungkin n mengikut guidelines yg diberikan selagi oksigen masih ade dlm tangki. macam mudah je keje nih kan? sume dah disediakan.. kelengkapan menyelam, x yah cakap a, canggih! tangki oksigen penuh. siap ade instructions lagi. ape nak risau, turun buat jela keje. cari mutiara!


semudah itukah???

hurm.. ramai penyelam2 mutiara nih, bile masuk lautan luas tuh, of course la akan terpesona dgn kecantikan alam laut. mane x nye. cube bayangkan.. ade ikan yg beraneka warna dan jenis. ade batu2 karang yg penuh menghiasi lantai lautan. ade zooplankton dan mcm2 lagi yg macam mnarik plak utk dibuat research. x termasuk lg species makhluk lain yg belum wujud dalam ensiklopedia ciptaan manusia. huhuh. maka, si penyelam2 mutiara nih pun terpesona n terlalai dari tugas asal nk mencari mutiara di dasar lautan. lupe dgn hari yg akan datang bile kena jumpe balik majikan dgn hasil kutipan mutiara. lupe gak ape balasan dari majikan kalo x banyak kutipan. lupe plak lagi, oksigen makin berkurang dlm tangki...

mase tengah2 bermain2 dgn hidupan laut yg mempesonakan, ade je penyelam2 yg ikut instructions majikan, dtg n ingatkan penyelam2 yg lalai nih supaye ikut instructions n cari mutiara. tapi si penyelam yg lalai nih bwat dek je.

tiba2 sorang penyelam mutiara yg lalai terkejut bile lampu kat meter oksigen kt tangki oksigen dah nyale2 merah, jarum dah hampir pd huruf 'E'. dah makin rase sesak. kat dasar laut nih! "alermak, cuaknye, sempat ke naik ke surface? kantung mutiara kosong lagi nih. cane nanti nk jwb kat majikan? aduhhh, mati aku!" sempat lagi hati kecilnye berbicara.

si penyelam pun cepat2 grab je mane2 mutiara yg ade berdekatan. dah x tengok kualiti or saiz. lampu kat meter oksigen makin menyale2. si penyelam pun dgn gopoh dan cuaknye, cube naik ke permukaan sbelum terlambat! dalam proses nak naik tuh, ade mutiara yg penat2 dikutipnye td tercicir2. tapi si penyelam mutiara sempat sampai ke permukaan. "fuh, lega~" bisik hatinye.

tibe2, muncul majikannye di depan matenye! "tunjukkan hasil tangkapanmu, wahai si fulan!" si penyelam td pun dgn segannye menunjukkan kantungnye yg hanye sekangkang kera je isinye tuh. ape lagi, naik beranglah majikannye! si penyelam dgn berani merayu, "tuan, izinkan aku ke sane smule utk aku kutip sebanyak mungkin mutiara! berilah aku peluang kedua!"

x dapat~

maka si penyelam mutiara tadi diberi siksaan yg berat akibat kelalaiannye itu, dan bgitu sedikit tangkapannye..


mari refleksi diri..
  • penyelam mutiara = kite manusia
  • majikan = Tuhan
  • instruction/guidelines = Quran n Sunnah
  • lautan = bumi
  • mutiara = amal/pahala/tugasan kt bumi
  • hidupan laut yg mempesonakan (pelakon tambahan) = hiburan/urusan dunia yg melalaikan
  • oksigen = masa hidup
  • mutiara yg tercicir = pahala yg hilang akibat riak dsb
  • penyelam mutiara yg mengingatkan penyelam yg lalai = kawan2 kite yg ingatkan kite psl tugas kt bumi nih

make seiring dgn umurku yg makin meningkat ini, ingin ku ingatkan diri sndri dan sape2 yg sudi singgah. tntang oksigen yg makin kurang. maksudku, maseku makin kurang. makin hampir dgn mati. make muhasabahlah wahai diri...

sudah gunekan mase muda sebaiknye?

ikhlaskah dlm sume amalan?

dah bwat amalan dgn bersungguh2?

masih buat perkara jahiliyyah?

banyak mane je hafalan quranmu?

benarkah niat dan matlamatmu?


insaflah wahai diri.. usaha lg utk perbaiki diri..
dekatkan diri pd Ilah mu..
biar Dia slalu di hati..
bersamamu dlm pemikiran, percakapan, perbuatan..

ingatlah, oksigen makin habis.....

Friday, February 20, 2009

coretan...

Alhamdulillah

Aku bersyukur kehadrat Illahi dgn segala limpah kurnia yg diberi ALLAH

NikmatMu tidak terkira banyaknya

Tidak ternilai dan tidak akan mampu untukku kira

Hari demi hari berlalu

Hari demi hari nikmat ini penuh memenuhi hadapanku

Bukan dunia yg ku minta, bukan dunia dan isinya yg menjadi mintaku

Bukan

Sebab kamu akan mencukupkan aku dgn segala kayamu yg tidak terperi

Alhamdulillah

Hari demi hari berlalu

Hari demi hari berlalu

Apa hari ini lebih baik dari kelmarin?

Apa hari ini kamu benar2 menggembirakannya?

Apa hari ini kamu benar2 telah melakukan kewajipan mu?

Satu hari akan tiba masanya, hari untukmu tidak akan tiba lagi

Hari untukmu berjuang tidak ada lagi

Hari untukmu bersyukur tidak ada lagi

Hari untukmu kufur tidak ada lagi

Hari untukmu berdosa bermaksiat tidak ada lagi

Hari itu hari matimu

Hari matiku yg pasti

Yg mati setelah sekian sekejap hidup didunia

Dunia?

Hidup?

Sekali kamu dicipta

Kamu hidup selamanya!

Kamu telah hidup di alam rahim ibumu

Dan berjerih keluar ke alam tipudaya dan permainan ini

Dan akan berjerih pergi ke alam kubur nanti

Dan akan selamanya nanti kekal di syurga mahupun neraka nanti

Apa kamu buat?

Apa kamu buat sudah?

Apa sudah kamu buat untukmu selamat pergi?

Apa?

Apa?

Apa kamu telah berkorban jiwa dan ragamu untuk kamu merasa selamat?

Apa kamu telah hilang kaki dan tgnmu kerana pengorbananmu?

Apa kamu fikir itu sudah cukup untukmu?

Tidak pernah dan tidak akan cukup bagimu!

Tidak!

Hanya dgn rahmatNya kamu kan selamat!

Berperasaanlah yang kamu tak akan selamt, yangg kamu itu hanyalah sekerdil hina di sisinya tanpa apa lebihnya!

Rasalah yang ibadat itu hnya diterima dari org bertakwa sahaja!

Rasalah yang hidup kamu ini sangat sekejap untuk di siakan!

Akhirat itu kekal selamanya

Dunia dan isinya akan musnah dan binasa

Kejarlah! Kejarlah!

Kejarlah kehancuran itu!

Kejarlah kehancuran itu!

Atau jadikan!

Kejarmu!

Usahamu!

Titik peluhmu!

Bernilai di sisi Penilai.

insyaALLAH.



[di edit sikit olehku.. jazakAllah khair pd pengirim puisi versi tazkirah ni.. moge bermanfaat! =]